Monday, March 8, 2010

wanita dalam agama

bagaikan burung yang terbang dengan sayap hanya sebelah

lelaki yang berdakwah tanpa dukungan wanitanya maka dakwahnya akan berputar-putar di tempat yang sama



Usaha dakwah seperti air hujan. Jika hujan di tempat yang kontang seperti padang pasir pun maka tempat itu akan subur menjadi wadi. Tetapi jika hujan tidak turun walaupun di tempat yang subur dan hijau, maka lambat laun tempat itu akan menjadi kontang dan mati.

Satu jemaah dari Pakistan telah dihantar ke Rusia dan telah bertemu dengan seorang ulama. Ulama itu menceritakan bahawa pada satu masa dulu semasa kominis, 60 ulama di tempatnya telah dibunuh dengan memasukkan mereka ke dalam mesin pemecah batu di lombong batu. Dia telah terselamat kerana sentiasa membawa botol arak sebagai helah. Selepas itu ulama tersebut telah menangis dan menangis dan berkata bahawa ulama2 tersebut telah dibunuh kerana tidak buat kerja seperti yang kamu buat sekarang.

Allah turunkan azab di tempat2 orang Islam untuk rotan umat ini kerana berlaku zalim. Zalim kerana tinggalkan perintah Allah yang utama untuk umat ini iaitu usaha dakwah. Kita kata Amerika & the gang zalim tetapi kitalah yang sebenarnya zalim.

Di akhirat nanti sebahagian dari umat ini akan dihalau sebanyak 3 kali dari telaga Kauthar oleh Nabi sendiri kerana ketika di dunia tidak pernah mengerutkan dahi apabila melihat kerosakan pada agama. Sekali halau mereka akan jauh dari Nabi sejauh mata memandang.

Allah telah beri diri dan harta kepada kita supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan dadah pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi sebab kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka agama akan maju tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.

Jemaah pertama yang dihantar ke Perancis adalah jemaah dari Bangladesh pada tahun 1983. Pada masa itu tiada satu masjid pun di sana walaupun ada 4 juta orang Arab. Jemaah telah menyewa sebuah bilik dan memulakan usaha di sana. Sekarang telah ada 2000 buah masjid. Markas di St Denim setinggi 3 tingkat akan penuh setiap kali azan dilaungkan.

Elders kata bila usaha Nabi dibuat maka kota London & Paris akan bertukar seperti kota Mekah & Madinah iaitu hidupnya amalan agama. Tetapi bila usaha tak dibuat maka kota Mekah & Madinah akan menjdi seperti kota London & Paris iaitu tempat bershopping.

Di markas London telah boleh azan menggunakan loudspeaker. Gereja2 banyak ditukar kepada masjid. Gereja dibeli dengan harga murah kerana tiada sambutan orang ramai walaupun loceng dibunyikan setiap hari. Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar sehingga perlimen Britain mengharamkan penjualan gereja kepada mana2 badan. Kiblat gereja adalah ke masjidil Aqsa, jadi bila ditukar kepada masjid maka kedudukan kiblat diubah beberapa darjah sahaja ke kanan iaitu ke arah kaabah.

Spanyol dulunya adalah negara Islam tetapi bila usaha Nabi ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi muzium, gudang, kilang dan sebagainya. Berkat dari usaha jemaah2 yang bergerak maka sekarang masjid Cardoba di Sepanyol yang sekarang telah menjadi muzium dan bar telah dibuka sedikit ruang untuk kegunaan orang Islam menunaikan solat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan Sepanyol ubah masjid Cordoba dari muzium dan bar kepada masjid sebenar maka ini tak akan berjaya. Tetapi dengan usaha Nabi, sedikit demi sedikit Allah buat perubahan.

Ada tempat2 lain yang tiada masjid, bila jemaah dihantar ke sana maka orang Islam di sana mula bartaubat dan bersolat serta mengamalkan agama. Mereka bersolat di jalan2, di taman2 dan di mana sahaja sehingga kerajaan tempatan di situ terpaksa buat masjid untuk orang Islam beribadat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan tu buat masjid maka tak akan berjaya.

Bila kaum wanita ada fikir agama maka mereka akan didik anak2 cara hidup agama. Halakah ta’lim dan muzakarah sifat sahabat perlu dibuat di rumah setiap hari selama satu jam supaya dapat tanam jiwa agama kepada anak2. Jika tidak anak2 akan terpengaruh dengan kartun, robot, hantu dan lain-lain. Wanita juga akan jadi penggalak suami dan anak2 untuk beri pengorbanan untuk agama dan keluar di jalan Allah. Seperti isteri2 Nabi dan sahabat yang galakkan suami dan anak2 mereka.

Yakinlah bahawa setiap susah payah kita untuk agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dengan ganjaran yang besar. Setiap amal yang dibuat ketika keluar di jalan Allah akan digandakan sekurang2nya 700,000 kali ganda malah lebih lagi.

Untuk belajar usaha ini maka kita kita diminta keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40 hari IPB.

Tashkil.

taken from: http://dalamdakwah.wordpress.com/2010/03/02/bayan-masturot-alloh-turunkan-bencana-ketika-umat-tidak-buat-usaha-dakwah/


************************************************************************************

Berhubung Na belum menjalankan masturah atau tepatnya belum menjadi seorang masturah dan berniat ingin masturah 40 hari ke negeri jauh (amiin.. amiin ya Allah), maka tulisan ini baru sekedar menjadi 'teori' bagi Na. Dan yang namanya teori, akan tetap menjadi sebuah teori jika tidak dilaksanakan. Na hanya seperti orang yang mengatakan bahwa gula itu rasanya manis padahal diri sendiri belum pernah icip bahwa rasa gula memanglah manis

Seperti yang sering disampaikan oleh orang2 'disekitar' Na yang sudah terjun dalam usaha atas dakwah ini. Bahwa peningkatan iman itu baru bisa dicapai jika kita bergerak dan melakukan sesuatu. Dakwahnya Rasulullah SAW bukan dari tulisan-tulisan seperti di blog Na ini, bukan juga dari buku-buku atau televisi, tapi dakwahnya Rasulullah SAW adalah dengan jumpa umat.

Semoga Allah memilih Na, juga sahabat Na, dan teman-teman semuanya, untuk menjadi orang yang bekerja atas agama-Nya.. amiin.. amiin ya Allah..




Ya Allah..

betapa inginnya aku mengucap doa,

' jadikan dakwah sebagai maksud hidupku, hidup untuk dakwah, dakwah sampai mati dan mati dalam dakwah '

4 comments:

umu6point said...

Assalamualaikum Na :)

Subahanallah...komentar dari guru agama kali ini buat umu ter 'zihin' sendirian..huhuu

Umu tertarik bila mana Na menyentuh perihal dakwah di Perancis. Na doa agar umu dapat menyambung usaha ummat terdahulu di sana ye :D

kata2 Na benar mengenai perlunya ada usaha masthurat bagi menyokong usaha agama para rijal. Sejarah telah membuktikannya. Jadi seharusnya kita menjadikan sejarah itu kembali gemilang dan tidak hanya di biar menjadi teori kita semata2...

umu doakn Na dan ummat agar segera dapat menyambut takaza di seluruh alam. amin...

namaku ina said...

wa'alaykumsalam warohmatullahi wabarokaatuh :)

ah.. zihin tu apa artinya Umu? na belumlah pandai benar dengan bahasa melayu, so harap maklum ye :D

benarlah Umu, tak sepantasnya kita ni duduk2 manis dalam rumah sedang para rijaal pergi ke seluruh alam untuk dakwah. kita pun kena tanggung jawab ya Umu, yaitu untuk sama2 menyebarkan dakwah ke seluruh alam :)

semoga Allah memudahkan Umu dan ummat agar terpilih menjadi penerus usaha nabi SAW.. amiin ya Allah

Umma-ali said...

Assalamualaikum Na,
Kemarin ummi dah bc blog Na ni, lps tu leka tgok plk blog yg dlm n3 Na...
Ummi prnah jg dgr byn ni dr jmh Indonesia, tapi tak brp dpt dgn jelas, alhamdlh dpt bc yg lebih jelas...
Itu yg kita takut bila org2 yg lebih alim tak mahu susah payah untuk agama Allah kirim azab... Pak kiayi Uzairon temboro pun selalu nasihat gini pada santri2nya, semoga anak2 ummi faham...zaman yg penuh fahsya mungkar ni anak2 yg belajar agama pun tak terlepas dari budaya yg tidak baik, takut ummi, semoga Allah lindungi mereka...InsyaAllah ummi akan ke temboro hari selasa ini selama 3h buat ziarah anak2 ummi.Tapi jakarta nun jauh iya... iinsyaAllah satu hari kita dpt bertemu...Ummi doakan Na dan Umu dapat suami yg da'i dan u all berdua jadi sayap yg bisa terbang tinggi dan jauh serata pelusuk dunia...Amin...

karkunah said...

salam na,pekaba?
akak seperti pernah baca bayan tersebut..tapi dimana ya?hihi..

sebenarnya bila dapat dengar bayan2 seperti ni,jadi semangat sekali..seronok kalau Allah pilih dan hantar kita ke seluruh alam atas kerja usaha dakwah ni..

InsyaAllah..atas fikir na,suatu hari pasti na dapat merasakan seperti mana mereka yang telah Allah pilih dalam usaha dakwah ni..sama2 doa..

Happy Oxone

Yayasan Askar Ramadhan

Kedai Sehat